DARI MEJA GURU BESAR
Segala
puji bagi Allah tuhan sekalian alam,selawat dan salam kepada nabi junjungan,
nabi Muhammad saw dan para sahabat dan
mereka yang mencontohi baginda hingga hari kiamat.
Allah
Huma Ya Allah, ya Latif,ya Rahman, ya munzilal barakat.
Pembukaan sesi persekolahan 2018
adalah lembaran baharu bagi saya dalam kepimpinan pendidikan. Saya dengan rasa
penuh takzim menyeru seluruh warga SKLB untuk bersama dengan saya menggembleng
usaha dan tenaga dalam peningkatan reputasi dan prestasi SKLB. Saya yakin warga
SKLB pasti akan bertindak dan berusaha dengan penuh ikhlas mengikut kapasiti
masing-masing.
Selaku kepimpinan dalam
pendidikan di SKLB, saya ingin menarik perhatian tuan/puan tentang dasar
global langit terbuka pada abad ini yang menjadikan negara mengalami kemajuan
yang dramatik dalam bidang Teknologi dan Penyebaran Maklumat.Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) bertanggungjawab dalam melaksanakan
dasar agar Malaysia mampu bersaing bersama negara-negara maju di seluruh dunia.
Justeru semua elemen dalam pembelajaran abad ke-21 terkandung dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21
ini bukan sekadar tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi
penentu utama kejayaan adalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid dan guru hanya perlu menjadi pemudahcara kepada murid dalam
sesuatu aktiviti di dalam kelas dengan mengambil perhatian terhadap 10 ciri pembelajaran
abad ke-21.
Sementara
itu, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) melibatkan kemahiran intelek yang
tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat
penjelasan dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat
keputusan, menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Penerapan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid menuntut peranan guru yang sangat
signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Dalam
usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia, sistem
pendidikan kita perlu berupaya melahirkan generasi muda yang berpengetahuan,
mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya berkomunikasi dengan
berkesan pada peringkat global.
Sempena pembukaan sesi
persekolahan baharu dan kepimpinan baharu, marilah kita sama-sama bergerak
dalam satu pasukan dengan slogan “ Muafakat Menjulang Berkat” dan mengamalkan
prinsip “ Raikan Persamaan, Hormati Perbezaan”. Saya yakin kita mampu
melonjakkan SKLB secara tuntas dan lestari. Kita mesti bersedia merubah status
quo sekiranya kita ingin selari dengan perkembangan dunia pendidikan global.
Sekian, terima kasih.
Saya
Yang Menjalankan Tugas,
...........................................
(MOHD
AMRI B HUSSAIN)
Guru Besar
No comments:
Post a Comment