Social Icons

Sejarah Sekolah

Nama Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong diberi nama sempena sekolah ini berada di kawasan Bukit Bidong Rhu Tapai Setiu. Setelah mesyuarat guru, PIBG dan penduduk kampong telah bersetuju nama sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong bukan Bukit Bidong. Pada tahun 2003, bermula era baru bagi penduduk sekitar Kg. RhuTapai apabila SK Lembah Bidong dibuka untuk proses P&P kepada 153 orang murid Keluasan Sekolah Kebangsaan Lembah Bidong adalah seluas 11 hektar.

Murid-murid ini telah memulakan sesi persekolahan dari tahun satu hingga enam. Kebanyakan murid tahun dua hingga enam adalah merupakan bekas murid yang bersekolah di SK Merang. Mesyuarat pertama telah diadakan pada 20 Mac 2003 iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Sekolah yang telah dipengerusikan oleh En. Abdullah b. Embong selaku Guru Besar ketika itu. Pada tahun 2005, kelas untuk murid Pra sekolah diwujudkan. Bagi pembelajaran Pra sekolah, pihak sekolah telah membuat pengubahsuaian ke atas sebuah bilik darjah untuk diguna pakai. Pada pertengahan tahun 2011, sebuah bangunan tambahan telah siap dibina untuk kegunaan P&P Pra sekolah. Ianya telah menempatkan murid-murid empat dan lima tahun untuk sesi pembelajaran.

Logo SKLB telah diilhamkan oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum, En Wan Rustam b. Awang pada tahun penubuhan sekolah, manakala lagu sekolah pula dicipta oleh saudara Adi Jagat atau nama sbenarnya En Md. Sai’di b. Hussin. Beliau merupakan AJK PIBG sekolah pada ketika itu.

Sepanjang penubuhan SKLB, seramai empat orang Guru Besar yang telah dan sedang berkhidmat di sini. Mereka yang pernah menjawat jawatan guru besar adalah sepertimana berikut:

• 2003 – 2007           En Abdullah Bin Embong
• 2007 – 2011           En Sulong Bin Nik Man
• 2011 – 2013           En Ahmad Zohir Bin Haron
• 2013 – 2015           Mat Nong Bin Said
*2015 -2018             En Ahmad Zulhaidi Bin Alias
*2018- Sekarang      En Amri Bin Hussain

No comments:

Post a Comment